GovernansPilihan Editor

PARLIMEN: MITI, agensi laksana analisis kos faedah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan AS

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menjalankan analisis kos faedah (CBA) bagi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata usaha itu dilakukan bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta dibantu MIDF Research.

“Lazimnya, analisis CBA yang komprehensif mengambil masa antara enam hingga 12 bulan.

Tumpuan khusus akan diberikan kepada kesan eksport negara kepada AS yang bernilai RM233.1 bilion dan lebihan dagangan bernilai RM98.7 bilion.

“ART ini bukan perjanjian biasa tetapi bersifat unilateral. Sebaik sahaja AS mengenakan tarif dengan kadar yang tinggi iaitu 24 peratus pada 2 April 2025, Malaysia telah memulakan rundingan bersama negara itu.

Johari berkata, ketidaktentuan kadar tarif itu akan menyebabkan persekitaran pelaburan yang tidak kondusif terhadap negara.

“Ia sekali gus berkemungkinan berisiko menyebabkan pelabur asing menghentikan operasi di Malaysia serta memindahkan operasi ke negara lain yang dikenakan tarif yang lebih rendah.

“Kesannya, perniagaan industri kecil dan sederhana tempatan yang membekalkan perkhidmatan dan barangan kepada syarikat-syarikat `multi national company’ (MNC) tersebut akan terjejas dan seterusnya sebilangan besar rakyat akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan,” katanya.

Menjawab persoalan mengenai kemungkinan kerajaan merunding semula klausa di dalam perjanjian itu dan kesan jika kerajaan berhasrat menamatkan perjanjiannya, Johari berkata setakat ini, Malaysia belum lagi menerima notis atau pemberitahuan rasmi daripada AS mengenai garis masa untuk meratifikasi ART.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan sedang meneliti semula intipati ART bagi memastikan kepentingan ekonomi negara terpelihara dan mengurangkan risiko kepada perdagangan negara.

“Oleh kerana pengenaan tarif unilateral adalah hak prerogatif AS, penamatan ART akan mewujudkan persekitaran ekonomi yang tidak tentu dan tidak stabil,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close