Kedai RuncitMalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Parit Unggul – Bandar Seri Iskandar, Syurga Francais Restoran Makanan Segera Bertaraf Antarabangsa Setanding Bangsar

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Segala-galanya ada di sini ! Nak makan senang bukan main… semuanya ada – tak sangka pula di Bandar Seri Iskandar ini ada macam-macam !

Ada Starbucks, Mc Donald’s, Kentucky Fried Chicken (KFC).

Malah ada juga Richiamo Coffee, A&W, ZUS Coffee, Family Mart, Subway, Pizza Hut, Domino Pizza dan banyak lagi.

Itulah uniknya bandar Seri Iskandarnya Terletak di kawasan Parlimen Parit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota, malahan limpahan manfaat turut dirasai DUN Belanja.

Setidak-tidaknya kewujudan francais restoran makanan segera yang bertaraf antarabangsa ini standing seperti di Bangsar, Kuala Lumpur.

Tidak malu dikatakan bandar Seri Iskandar terletak di bahagian Perak Tengah disifatkan sebagai syurga francais restoran makanan segera bertaraf antarabangsa.

Inilah usaha dan inisiatif kerajaan Perak pimpinan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berusaha memastikan kemajuan ekonomi dapat dinikmati bersama secara saksama dan menyeluruh.

Sumbangan industri restoran makanan segera sebenarnya menyumbang kepada ekonomi setempat.

Misalnya, industri restoran makanan segera ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, lantas mengurangkan kadar pengganguran dan akhirnya meningkatkan produktiviti setempat.

Selain itu juga, industri restoran makanan segera turut membantu dalam menjana pendapatan. Sebagai contohnya, Mc Donald’s yang mempunyai kira-kira 350 cawangan di seluruh negara mempunyai 14,000 kakitangan.

Sekurang-kurangnya pembukaan cawangan Mc Donalds di Bandar Seri Iskandar telah membantu mengurangkan kadar pengangguran dan membantu inisiatif kerajaan Perak menangani isu penghijrahan keluar anak-anak Perak.

Bukan itu sahaja, ia juga sebagai mata pencarian bagi golongan muda untuk mencari mata pencarian sampingan sambil berkerja atau pun semasa cuti.

Di Bandar Seri Iskandar cukup menguntungkan kerana dikelilingi ribuan pelajar yang belajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Profesional Mara, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Giat MARA serta beberapa sekolah berasrama penuh.

Sempat ditemui seorang pelajar UTP, Mohamad Imran, 20, yang berasakan begitu banyak cawangan restoran makanan segera di bandar Seri Iskandar ini.

“Saya berasakan cara kerajaan mengambil langkah untuk meningkatkan ekonomi adalah cara meningkatkan ‘fast-food” untuk menarik lebih ramai warga pelajar berbelanja.

“Menerusi perbelanjaan yang tinggi, ia akan meningkatkan aliran kewangan di peringkat domestik secara tidak langsung.

“ Soalnya di sini, kebanyakan pelajar jarang membeli barangan pakaian dan mereka selalu memikirkan tentang makanan sahaja,” kata Mohamad.

Amir Hamsyah Abdul Razak, 20, yang belajar di UTP berpandangan umum mengetahui sudah ada tiga institusi pengajian tinggi iaitu UTP, UiTM dan Kolej Profesional MARA.

“Sudah tentu jumlah pelajar makin ramai.

“Untuk itu bagi memenuhi citarasa anak muda zaman sekarang ini maka kerana itu, peneraju restoran makanan segera seperti A&W, KFC, Domino’s Pizza dan macam-macam lagi yakin membuat pelaburan di sini (Bandar Seri Iskandar) ,” katanya berasal dari Subang Jaya.  -BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close