MalaysiaPilihan Editor

RUU Perubahan Iklim Dibawa Ke Parlimen Awal Tahun Depan

Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim yang sedang digubal bagi mengurangkan impak banjir besar, dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat awal tahun depan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ketika ini pihaknya sedang memuktamadkan RUU itu termasuk membuat semakan akta sedia ada dan membuat penambahbaikan dalam RUU berkenaan.

“Kita jangka akan memuktamadkan (penggubalan RUU Perubahan Iklim) hujung tahun ini dan Insya-Allah awal tahun depan kita akan cuba secepat mungkin untuk masukkan ke Parlimen.

“Kita sudah buat semakan pada akta sebelum ini dan ada penambahbaikan yang perlu kita buat,” katanya pada sidang media Simposium Perubahan Iklim 2022 di Parlimen, hari ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close