GovernansKedai RuncitPilihan Editor

Grab Malaysia Membentangkan Strategi Memperkasakan Ekonomi Domestik Melalui Proses Digitalisasi – Kata Perdana Menteri

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Grab Malaysia telah membentangkan strategi memperkasakan ekonomi domestik melalui proses digitalisasi,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mempengerusikan mesyuarat ketiga Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang diadakan secara persidangan video pada 7 Mei 2021 lalu.

Strategi yang dimaksudkan adalah empat program perintis yang dicadangkan mampu menyediakan lebih daripada 35,000 peluang menjana pendapatan seperti berikut;

  • Pekerjaan e-hailing,
  • Golongan OKU,
  • Para peniaga di pasar awam
  • Perusahaan makanan dan minuman (F&B).

 

Muhyiddin turut diberikan penerangan terperinci berkaitan inisiatif Pengekalan dan Penjanaan Pekerjaan di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi seperti yang dimuatnaik dalam ciapan Facebook rasminya.

Secara keseluruhan inisiatif penempatan pekerjaan dan pewujudan pekerjaan baharu melalui komitmen pelaburan telah mengatasi sasaran yang ditetapkan.

Sehingga 23 April 2021, sebanyak 150,597 pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui 12 program yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Kejayaan ini melebihi jumlah unjuran kumulatif setakat bulan April 2021 dengan sasaran Kerajaan mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan bagi tahun 2021.

Kata Perdana Menteri, usaha kerajaan meningkatkan pelaburan dalam negara telah berjaya mewujudkan 33,907 pekerjaan baharu dan 76% daripadanya adalah dalam kategori mahir dan separuh mahir.

Ini adalah sebahagian daripada sasaran 160,000 pekerjaan baharu hasil daripada komitmen pelaburan bagi tahun 2021.

Mesyuarat juga dimaklumkan berkenaan isu dan cabaran pekerjaan dalam sektor tidak formal (informal sector).

Hasil daripada 6,202 program libat urus yang dijalankan, bilangan orang bekerja sendiri (OBS) termasuk pekerja Gig yang mendapat Perlindungan Sosial dari PERKESO telah menunjukkan peningkatan daripada 71,000 pada tahun 2019 kepada 81,000 orang (2020) dan yang terkini 142,000 orang (2021).

Mesyuarat mengambil maklum kesukaran golongan OKU dan rentan dalam mendapatkan akses kepada peluang penjanaan pendapatan.

Sehubungan itu, Muhyiddin memohon NEC untuk meminta Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengkaji langkah-langkah termasuk peruntukan perundangan bagi memastikan inisiatif dapat dijalankan dengan kadar yang segera.

Mesyuarat juga dimaklumkan Program KerjayaUP yang dilancarkan pada 12 April lalu, khusus untuk golongan miskin dan miskin tegar bandar berjaya membantu 489 pemohon mendapat pekerjaan serta-merta.

“Sehubungan itu Majlis bersetuju memperluaskan program ini secara lebih agresif dengan sasaran yang lebih meluas bagi membantu sosioekonomi golongan ini untuk keluar daripada belenggu kemiskinan,” ujar Perdana Menteri lagi.

 

Bagi memantapkan komposisi keahlian NEC supaya lebih inklusif, tiga ahli tetap tambahan mewakili sektor kewangan, keusahawanan dan inovasi telah dilantik iaitu:

  • YBhg. Dato’ Seri Sharifah Sofianny Syed Hussain, Ahli Lembaga Pengarah Maybank Investment Bank Bhd.
  • YBhg. Dato’ Azlin Ahmad Shaharbi, Presiden Persatuan Wanita Bumiputra Dalam Perniagaan Profesion Malaysia (PENIAGAWATI)
  • Puan Francesca Chia, pengasas bersama GoGet; sebuah platform komuniti untuk pekerja sambilan, pekerja gig dan freelancers.

Fasa peringkat perancangan dan ‘key strategy formulation’ telah selesai pada suku pertama tahun ini dan tumpuan kini diberikan kepada langkah pelaksanaan.

“Saya telah mengingatkan kementerian dan agensi Kerajaan untuk terus memberikan perhatian serta keutamaan kepada perkara-perkara berkaitan inisiatif pekerjaan.

I would like to emphasize that NEC is a KPI driven initiative. There should be a sense of urgency on this matter and no delays kerana antara tumpuan utama kita pada tahun ini adalah menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada rakyat,” kata Muhyiddin. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close