Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

“Palestinian Are Always Close To My Heart” – Kata Pengerusi Barisan Nasional

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Palestinian Are Always Close To My Heart” ringkas tetapi penuh bermakna dari Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa melawat pameran Unite for Palestine, di lobi Dewan Rakyat, di sini, tengah hari tadi.

Dalam entri Facebook rasmi beliau turut menyebut; “Saya menentang pelan pengilhakan Tebing Barat oleh Israel”.

Dalam kunjungan itu, beliau menandatangani sokongan kepada perjuangan pembebasan untuk Palestin sambil diberikan penerangan oleh Kaunselor Pertama Kedutaan Besar Palestin di Kuala Lumpur, Sofian M.T. Al Khaldi.

Kempen ‘Unite for Palestin’ itu diadakan di lobi Bangunan Parlimen hingga 6 Ogos ini.

Pembukaan kaunter itu sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Palestin serta meningkatkan kesedaran mengenai isu yang berlaku di negara itu kepada kalangan Ahli Parlimen.

Ia turut mengetengahkan peranan dan langkah Kerajaan Malaysia memperjuangkan isu Palestin melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Sebagai rekod, Malaysia konsisten untuk terus bersuara di platform antarabangsa termasuk di PBB dan OIC dalam mempertahankan hak rakyat Palestin, khususnya dalam menentang penempatan haram Israel di wilayah jajahan Palestin, melalui resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan pada 2016.

Rancangan Israel untuk mengilhak tanah Palestin dikritik keras negara anggota PBB termasuk OIC dan NAM. Hingga kini, Israel terus mencabuli undang-undang antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan PBB, termasuk Resolusi 2334. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close