GovernansMalaysiaPilihan Editor

Isu Bil TNB: Redakan Segera Resah Rakyat – Ahmad Zahid

oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Penjelasan perlu diteruskan !

Redakan segera !

Keluh kesah rakyat terutama pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu ditangani secara berhemah !

Kebimbangan itu jelas disuarakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sentiasa prihatin dan cakna dengan isu sekeliling, terutama melibatkan keresahan rakyat.

Dalam entri terbaharu di Facebook rasminya, beliau menjelaskan menerima banyak rungutan dan aduan dari rakyat beberapa hari ini berkaitan rasa tidak puas hati setelah menerima bil TNB yang dilihat ‘tinggi’ sama ada di kawasan perumahan mahupun bangunan komersial.

“Kita semua sedia maklum sumbangan besar yang pihak TNB berikan kepada kita semua dan negara selama menghadapi tempoh PKP akibat wabak Covid-19.

“Terima kasih TNB,” kata Pengerusi BN.

Walaupun sudah ada penjelasan dari TNB tetapi ianya masih tidak cukup untuk memenuhi kegelisahan rakyat.

“Penjelasan perlu diteruskan dengan lebih mudah atau tindakan penghantaran tiga bil bulanan yang dilihat lebih rendah dan difahami.

“Apa sahaja bagi meredakan isu ini.

“Jangan kerana kita sudah menjadi kerajaan, rakyat melihat mereka mahu dipermainkan.

“Ini sudah tentu bukan hasrat kerajaan sekarang.

“Jangan kita tambah bebanan rakyat yang sedang mengalami kesulitan ketika ini,” kata Ahmad Zahid dalam entri FB-nya.

Apapun beliau juga menambah bahawa rakyat juga harus faham, tugas dan bebanan yang dihadapi oleh TNB selaku penyedia tunggal bekalan elektrik di dalam negara ini.

Kata Ahmad Zahid, jangan ada prasangka bahawa TNB mahu kenakan mereka.

“Jauh sekali mahu aniaya mereka. Marilah kita selesai isu ini segera.

“Bahkan saya yakin rakyat pasti akan berkorban untuk negara jika kita berlaku adil kepada mereka.

“Jika kena caranya, rakyat amat memahami, begitulah sebaliknya,” kata Presiden UMNO yang sentiasa prihatin dengan isu semasa, terutama pada tika ini negara berdepan dengan Covid19 serta keadaan ekonomi yang masih belum stabil lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close