Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Volvo X90 T8 & Alam, Sentiasa Senada

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Peneraju dunia automotif prolifik, tidak lain tidak bukan…. kereta Volvo yang tak pernah lekang keserasian alam dan kepelbagaian budaya cuaca.

Sejak pelancaran kereta Volvo pertama pada tahun 1972 dari barisan pengeluaran Gothenburg, Volvo Car Group telah memantapkan kedudukannya sebagai peneraju dalam dunia automotif dari aspek keselamatan, teknologi dan inovasi yang sentiasa selari yang menekankan keserasian alam semulajadi.

Dari ketahanan cuaca sejuk berubah kepada cuaca luruh dan beralih musim bunga dan musim panas tetap elegan dan anggun dalam pacuan sinaran empat musim, ianya tidak pernah diabaikan kumpulan Zhejiang Geely dalam Volvo Cars yang sentiasa mementingkan nilai tinggi.

Bagaikan kenderaan yang terus dinamik dan relevansi di pelusuk global, langsung tidak dinafikan keserasian cuaca panas lembab di negara-negara Khatulistiwa termasuk Malaysia menyajikan suatu pandangan ciptaan kenderaan Volvo yang sentiasa memukau di alam flora yang kehijauan.

Lebih-lebih lagi bersantai di tepian sungai dan air terjun yang mengalir lembut dan menyenangkan, ia menampakkan model Volvo tidak kira apa jua versi – Sedan, SUV, Versatile Estate, nyata nampak unggul.

BACALAH AUTO yang sempat pandu-uji X90 T8 baharu-baharu ini menelusuri laluan berbukit di sekitar Hutan Lipur Hulu Langat, yang terkenal dengan kawasan pelancongan air terjun dan sungai di situ.

Sebut sahaja Sungai Gabai, Sungai Congkak mahu pun Sungai Tekala – semuanya terletak di Hutan Lipur Hulu Langat.

Ternyata Volvo X90 berwarna khaki sangat sinonim dengan alam semulajadi di negara ini, jelas menampakkan 6 mod pemanduan memberi pilihan yang selesa kepada si pemandunya.

Meskipun rekaan luarannya agak besar dan lebar, namun enjin 2.0 liter pengecas turbo mampu menghamburkan kuasa 407hp dan tork 640Nm. Model plug-in hibrid (PHEV) ini dipadankan dengan mod pemanduan seperti AWD, Pure, Hybrid, Power, Off Road dan Individual.

Apabila mod dipilih, sistem komputer SUV ini akan melaraskan suspensi udara dan prestasi enjin mengikut tetapan yang sudah disetkan.

Jika memilih mod Pure, ia membantu pemilik menjimatkan bateri.

Bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang jika indikator bateri tidak penuh kerana enjin akan mengambil alih pemanduan.

Dengan kapasiti bateri lebih besar, SUV ini mampu dipandu menggunakan sumber kuasa elektrik penuh sejauh 50km, berbanding 43km sebelumnya.

SUV ini bukan sahaja menjimatkan minyak tetapi mesra alam kerana mengurangkan pelepasan emisi.

Ciri ini cukup sesuai untuk pemanduan harian ke tempat kerja.

Sekiranya mahu menjimatkan minyak, anda boleh memilih mod Hibrid dimana proses pengecasan turut berlaku ketika memandu menerusi sistem brek regeneratif dan punat Charge pada skrin sentuh di konsol tengah.

Petunjuk indikator pada bateri akan meningkat setiap kali brek ditekan atau pedal minyak dilepaskan dan ini jelas jika pemandu sering menggunakan brek sama ada ketika mendaki atau menurun bukit atau melayan selekoh tajam.

Kombinasi enjin 2.0 liter super-cas dan pengecas turbo dengan motor elektrik jelas menawarkan prestasi mengagumkan.

Ini dapat dirasakan ketika SUV ini dipandu membelah laluan berbukit, jalan ‘ular’ dari Batu 9 hulu Langat ke laluan Pangsun sehingga ke Batu20 Hulu Langat yang menghala ke Sungai Tekala, Semenyih.

Meskipun SUV ini adalah model PHEV, namun prestasi enjinnya cukup hebat malah tanpa disedari meter enjin mencecah 180 kilometer sejam meskipun pada mod Hibrid. Dalam kertas, kelajuan maksimum SUV ini ialah 230km/j berbanding 215km/j bagi varian T5.

Andai kata tidak cukup kuasa, boleh sahaja tekan mod Power yang mengaktifkan enjin bertukar lebih responsif dan berkuasa. Cuma mod ini akan membakar lebih banyak bahan api berbanding mod Hibrid.

Sistem keselamatan termaju

Volvo XC90 T8 Inscription Plus ini dilengkapi teknologi keselamatan aktif iaitu stereng automatik meliputi pakej City Safety dan Sistem Maklumat Titik Buta

Teknologi City Safety dengan Autobrake mampu membrek secara automatik apabila mengesan kehadiran pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan bersaiz besar secara tiba-tiba.

Tidak ketinggalan teknologi Oncoming Lane Mitigation dan teknologi Cross Traffic Alert dengan brek automatik.

Ciri paling menarik ialah Pilot Assist, ciri semi-autonomi yang mana sistem berkenaan mudah dioperasi dengan menekan butang pada stereng di sebelah kiri untuk mengaktifkannya.

Pilot Assist cukup sesuai digunakan ketika berada dalam kesesakan lalu lintas. Sistem ini boleh diaktifkan pada kelajuan di bawah 50 kilometer sejam dan juga lebih 140km/j. Dengan mengikut jarak yang ditetapkan dan kelajuan kenderaan di hadapan.

Pilot Assist cukup sesuai digunakan ketika berada dalam kesesakan lalu lintas kerana anda tidak perlu sentiasa memegang stereng atau menekan brek dan pedal minyak. Ini kerana segalanya dikawal sepenuhnya secara pintar oleh komputer.

Sekiranya anda melepaskan tangan dari stereng beberapa saat, sistem akan mengeluarkan notifikasi pada meter ‘stereng apply’ atau sistem akan terbatal sendiri.

Sistem ini dengan sendiri akan mengawal brek dan stereng secara elektronik. Sekiranya anda mahu menekan pedal untuk meningkatkan kelajuan, sistem ini kemudian akan kembali kepada normal.

Kelebihannya, kaki kanan dapat berehat daripada menekan pedal minyak atau brek kerana semuanya dikawal sepenuhnya oleh sistem komputer yang bertindak melakukan brek dan menekan pedal minyak dengan sendirinya.

Sistem brek Volvo juga hebat kerana ia bertindak memberikan respon brek pendek yang pantas malah jika anda sedang mengundur dan secara tiba-tiba kenderaan atau objek dibelakang dikesan, sistem brek akan diaktifkan secara automatik.

Satu lagi ciri yang boleh ditonjolkan pada SUV ini ialah apabila kereta berhenti, suspensi akan direndahkan supaya penumpang mudah keluar-masuk manakala operasi memuatkan barang dalam but juga mudah dan praktikal menerusi pengenalan butang boleh laras tinggi dipadankan.

Secara kesimpulannya, keselamatan adalah ‘jantung’ kepada XC90.

Ia adalah hasil inovasi berdekad kumpulan jurutera Volvo.

Model ini dibina menggunakan besi boron bertekanan ultra tinggi – salah satu jenis besi paling kukuh yang ada dipasaran yang menjadi perisai kepada penumpang di dalam kenderaan ini. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close