Ekonomi Islam & GlobalGovernansPilihan Editor

PUNB Terima Anugerah Khas ‘Best Sustainability Report’ di Malam Anugerah ADFIAP 2023 di Kazakhstan

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah menerima Anugerah Khas Kategori ‘Best Sustainability Report’  bagi laporan bertajuk ‘Aspiring Sustainability for a Brighter Tomorrow 2021’ di Malam Anugerah Persatuan Institusi Kewangan dan Pembangunan di Asia Serta Pasifik (ADFIAP) 2023.

Pengiktirafan tertinggi buat PUNB itu diadakan bersempena Mesyuarat Tahunan ADFIAP ke-46 yang diadakan di Almaty, Kazakhstan, semalam (16 Mei 2023).

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, pengiktirafan daripada institusi global yang disegani seperti ADFIAP adalah satu penghormatan dan pencapaian yang cemerlang buat PUNB.

“Dalam tempoh beberapa tahun ini, PUNB telah melakukan penambahbaikan berterusan terhadap langkah-langkah yang menyokong dan mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagai bahagian penting dalam operasi kami.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ADFIAP dan panel-panel juri yang memilih PUNB untuk merangkul Anugerah Khas ini, sekali gus mengiktiraf perjalanan PUNB ke arah SDG,” katanya dalam kenyataannya di sini.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengasas dan Ketua Pengarang BNE Intellinews, Ben Aris kepada Izwan Zainuddin dengan disaksikan oleh Pengerusi ADFIAP, Monimul Islam dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar (ARDB), Kao Thach.

Agenda SDG PUNB memfokuskan kepada tiga elemen iaitu sosial yang merangkumi kesihatan yang baik dan kesejahteraan, pendidikan berkualiti, kesaksamaan jantina dan mengurangkan ketidaksamaan, keamanan, keadilan dan keteguhan institusi. Elemen kedua ialah alam sekitar, iaitu membabitkan agenda tenaga bersih dan mampu milik, tanggungjawab penggunaan dan penghasilan.

Elemen terakhir ialah ekonomi yang melibatkan agenda perkembangan ekonomi dan pekerjaan, inovasi industri dan infrastruktur serta bandar dan komuniti yang mampan.

SDG menjadi agenda utama PUNB dalam usaha mencapai keseimbangan keperluan pembangunan operasi perniagaan dan menyumbang impak positif kepada masyarakat.

Laporan SDG 2021 PUNB bertajuk ‘Aspiring Sustainability for a Brighter Tomorrow 2021’ boleh dimuat turun di portal rasmi PUNB, https://www.punb.com.my/ms/sdg. -BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close