MalaysiaPilihan Editor

Calon SPM/SVM/STAM Usah Bimbang & Yakinlah – Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tidak usah bimbang !

Calon SPM, SVM dan STAM juga perlu yakin !

Ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga masing-masing juga tidak usah bimbang dan yakinlah bahawa Kerajaan menerusi kementerian dan agensi berwajib telah melaksanakan tanggungjawab yang sangat baik demi kesejahteraan semua pihak.

Itu adalah pandangan Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara yang mendoakan selamat maju jaya kepada lebih 400,000 calon peperiksaan SPM, SVM dan STAM 2020 yang akan menduduki peperiksaan itu berada dalam suasana kesejahteraan yang selamat, kondusif dan terjamin mengikut prosedur operasi standard (SOP) bermula 22 Februari 2021 di seluruh negara.

Penngerusinya, Senator Datuk Razali Idris juga telah mengambil maklum bahawa SOP peperiksaan SPM/SVM/STAM yang diperkenalkan dalam suasana norma baharu akan memastikan setiap calon tidak akan tercicir menduduki peperiksaan awam itu.

“Kesejahteraan kesihatan awam pelajar serta pengawas peperiksaan pasti dipantau secara rapi dari semasa ke semasa termasuk pihak berwajib sentiasa bersiap siaga menangani pendemik itu andainya berlaku penularan mendadak kes COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media.

Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia juga mahu semua pihak perlu memberi motivasi dan doa yang berterusan kepada setiap calon peperiksaan dalam keadaan yang sangat mencabar sekarang.

“Moga peperiksaan SPM/SVM/STAM dapat berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan demi memastikan kesejahteraan anak-anak kita terus terjamin untuk masa depan,” ujar beliau lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close