Dimensi BisnesEkonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Banjir: Bank Mualamat Tawar Bantuan

Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) meminta pelanggan terjejas berhubung dengan bank sekiranya menghadapi kesulitan berikutan banjir melanda.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, berkata pelanggan yang terjejas juga tidak akan dikenakan sebarang bayaran bagi penggantian Kad Debit Bank Muamalat mereka bagi meringankan beban yang dihadapi pada ketika ini.

“Kami mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan individu dan perniagaannya di kawasan yang dilanda banjir di seluruh negara, susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

“Bank Muamalat prihatin terhadap kesejahteraan pelanggannya yang terkesan berikutan banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan menjejaskan operasi perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari www.muamalat.com.my atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2600 5500. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close