GovernansPilihan Editor

Kerajaan Kekal Sasaran Pertumbuhan Empat Ke Lima Peratus – Menteri Kewangan II

Ekonomi negara dijangka akan kekal berkembang empat hingga lima peratus pada 2024 walaupun ketidaktentuan luaran mencetuskan risiko penurunan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi dijangka disokong usaha kerajaan untuk meningkatkan permintaan domestik dan menjana lebih banyak pelaburan ke dalam negara.

Katanya, pembaharuan yang dimulakan oleh kerajaan memperlihatkan rangka kerja Ekonomi MADANI telah menyediakan pelan hala tuju yang jelas untuk memacu Malaysia ke rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi dan memberi keyakinan kepada pelabur global.

“Dalam tempoh sembilan bulan 2023, Malaysia memperoleh RM225 bilion dalam pelaburan yang diluluskan. Ini mewakili peningkatan 6.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, membawanya kepada jumlah tertinggi untuk tempoh yang sama sepanjang dekad yang lalu,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar; Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift.

Beliau berkata, rangka kerja ekonomi bersama dengan dokumen dasar menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global dan memperkasakan nilai Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) perniagaan pihaknya.

“Dalam beberapa bulan dan tahun akan datang, kerajaan akan melihat melalui pelaksanaan dokumen dasar ini dan memastikan bahawa visi Ekonomi MADANI akan menjadi kenyataan,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close