GovernansPilihan Editor

‘Saya Temui Banyak Kecurangan Dalam Fail Kementerian Kewangan’ – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengesan banyak kecurangan yang dianggapnya keterlaluan di Kementerian Kewangan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, berkata kecurangan itu dilihatnya ketika menyemak fail-fail di kementerian berkenaan.

“Namun urusan untuk menyiasat bukan urusan saya. Urusan saya adalah menetapkan dasar dan menegakkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu di Dewan Senat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini.

“Sebagai contoh, projek tebatan banjir adalah hal mendesak dan ia akan diluluskan tanpa tender bagi memudah dan menyegerakan projek tersebut kerana ia melibatkan keselamatan dan kepentingan rakyat,” katanya.

Anwar juga mengingatkan semua pegawai kanan dan ketua jabatan Kerajaan Persekutuan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua negeri.

Oleh itu katanya, layanan kepada setiap negeri adalah setara dan saksama.

“Saya hadir ke Terengganu tadi bukan untuk mencerca sesiapa, tetapi untuk berpakat demi kepentingan rakyat,” katanya.

“Insya ALLAH saya akan ketemu Kerajaan Terengganu setelah suhu politik dileraikan.

“Saya turut memberitahu perkara tersebut kepada Tuanku Sultan Terengganu dalam sesi menghadap pagi tadi,” katanya.

Beliau juga menyeru penjawat awam agar menerapkan prinsip akauntabiliti demokrasi dalam mendirikan kebijakan yang baik untuk rakyat.

“Kita sebagai pembuat dan pelaksana dasar tidak harus bersikap leka dan mesti buat sedaya upaya untuk memungkinkan perubahan,” katanya.

Anwar berkata, beliau amat berharap agar semua pihak dapat menghormati pilihan yang telah dibuat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menghentikan sentimen politik yang keterlaluan serta merosakkan. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close