MalaysiaPilihan Editor

Umat Islam Puasa Mulai Esok (Ahad) – 3 April 2022

 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini (esok)

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Ahli Jawatankuasa Falak melakukan cerapan anak bulan ramadan dengan menggunakan alat 'Theodolite' mengikut kaedah rukyah dan hisap bagi penentuan awal Ramadan di Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Ahli Jawatankuasa Falak melakukan cerapan anak bulan ramadan dengan menggunakan alat ‘Theodolite’ mengikut kaedah rukyah dan hisap bagi penentuan awal Ramadan di Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

 

 

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah melihat anak bulan melalui Steadolite pada Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan Tahun 1443 Hijrah di Menara Kuala Lumpur hari ini. - foto BERNAMA
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah melihat anak bulan melalui Steadolite pada Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan Tahun 1443 Hijrah di Menara Kuala Lumpur hari ini. – foto BERNAMA

 

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah.

Menurut kenyataan itu juga, Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Ramadan tahun ini disambut umat Islam dalam keadaan negara mengisytiharkan fasa peralihan ke endemik berkuat kuasa hari ini selepas lebih dua tahun melalui pandemik COVID-19.

 

Wakil Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melihat anak bulan melalui Steadolite pada Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan Tahun 1443 Hijrah di Menara Kuala Lumpur hari ini. - foto BERNAMA
Wakil Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melihat anak bulan melalui Steadolite pada Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan Tahun 1443 Hijrah di Menara Kuala Lumpur hari ini. – foto BERNAMA

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close