Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Sime Darby Bakal Kuasai Semua Segmen Kereta Di Malaysia

Sime Darby Bhd dijangka menguasai pasaran semua segmen automotif selepas pengambilalihan pegangan dalam UMW Holdings Bhd (UMW Holdings).

“Ini meletakkannya pada kedudukan yang lebih baik untuk mengharungi (cabaran) rasionalisasi subsidi bahan api yang akan berlaku kelak.

“Selain itu, Sime Darby berkemungkinan mendapat manfaat daripada pelancaran baharu Perodua D66B dan Toyota Yaris Cross yang dijangka diperkenalkan menjelang April ini,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

UMW Holdings menyediakan akses kepada ekosistem Toyota yang besar, rantaian bekalan bernilai tinggi kukuh dan bakal meningkatkan pendedahan pasaran tempatan Sime Darby.

UMW Holdings akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia bulan ini.

“Perjanjian penuh tunai (RM5.8 bilion) untuk memperoleh UMW Holdings dibiayai oleh Sukuk Murabahah (RM3 bilion) dan hasil jualan daripada pelupusan perniagaan penjagaan kesihatannya yang telah dimuktamadkan pada Disember lalu (RM2.8 bilion).

“Pasca integrasi perniagaan menyaksikan hutang dan penggearan bersih Sime Darby masing-masing meningkat daripada RM3.99 bilion kepada RM5.88 bilion dan 0.2 kali kepada 0.4 kali (termasuk kedudukan tunai bersih UMW Holdings berada pada RM1.12 bilion),” tambah Wan Mustaqim.

Beliau berkata, Sime Darby merancang untuk mengurangkan hutangnya melalui pelupusan tanah Lembah Wawasan Malaysia di Labu, Negeri Sembilan (RM2.96 bilion) dan tanah Komatsu serta Serendah milik UMW Holdings.

“Kami menaikkan unjuran keuntungan bersih tahun kewangan 2024 dan 2025 masing-masing sebanyak dua peratus dan 14 peratus berikutan peningkatan pendapatan daripada pemerolehan UMW Holdings,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close