MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: MCA Sokong Sepenuhnya Bung Moktar Ketuai BN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

MCA Sokong !

Ia seiring dengan semangat Barisan Nasional (BN) !

Ini disuarakan MCA Sabah menyatakan sokongan penuh terhadap Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk mengetuai gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung berkata pendirian parti itu adalah seiring dengan semangat BN yang sentiasa diberi penekanan oleh gabungan tersebut.

Pelantikan Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah dibuat oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri dan MCA menyokong beliau bagi mempertahankan semangat BN, katanya.

“Pada masa sama, BN juga bertanding pada pilihan raya negeri ini, dan ini memberi autonomi kepada BN Sabah untuk membuat pilihan terbaik dan merangka strategi paling berkesan.

“Kita mesti mengatasi lawan politik kita secara satu lawan satu bagi meningkatkan peluang kita untuk mencapai kejayaan pada pilihan raya negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

BERNAMA melaporkan kenyataan beliau itu sebagai respons kepada pengumuman Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO semalam, bahawa Bung Moktar akan mengetuai BN pada PRN Sabah.

Selain MCA dan UMNO, BN Sabah turut disertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN Sabah diadakan pada 26 Sept dengan hari pencalonan 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close