Dimensi BisnesPilihan Editor

Mesiniaga Dapat Kontrak PERKESO Bernilai RM31 Juta

Mesiniaga Bhd mengumumkan bahawa pihaknya menerima surat lantikan (LOA) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk penyelenggaraan perkakasan dan perisian secara komprehensif bagi pengeluaran, persekitaran pembangunan dan pemulihan bencana di Pusat Data (DC) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata jumlah nilai kontrak itu ialah RM31.16 juta termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan tempoh kontrak itu adalah dari 29 November 2021 hingga 28 Jun 2027.

Kontrak itu tidak mempunyai peruntukan pembaharuan secara automatik, menurut syarikat itu.

“Lembaga Pengarah syarikat berpendapat bahawa kontrak itu dalam urusan perniagaan biasa dan untuk kepentingan syarikat.

“Kontrak itu tidak akan menjejaskan modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat tetapi dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 dan seterusnya sehingga tamat kontrak,” katanya. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close