Duniaku Teknokrat

Adam Saffian Dilantik Jadi CEO Baharu Air Selangor

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengumumkan pelantikan Adam Saffian Ghazali selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini.

Air Selangor menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Adam Saffian itu menggantikan Pemangku CEO, Abas Abdullah yang berkhidmat dari 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2024.

Adam Saffian mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam industri perkhidmatan air dan utiliti serta telah memegang pelbagai jawatan penting antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Aliran Ihsan Resources Bhd, Pengurus Besar Projek Khas di MMC Corporation Bhd serta CEO Alam Flora Sdn Bhd.

Beliau juga merupakan lulusan Ijazah Sarjana dalam Cukai Gunaan daripada University of New South Wales serta Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan dan Kewangan) daripada University of Technology Sydney.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close