GovernansMalaysiaPilihan Editor

Ekonomi Malaysia Berada Di Landasan Kukuh, Meyakinkan – PM Anwar

Ekonomi Malaysia berada di landasan kukuh dan meyakinkan di sebalik segala keresahan dan kekangan yang berlaku, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan akan terus menambah baik ikhtiar menerusi Belanjawan MADANI keempat pada Oktober ini sebagai kesinambungan kepada usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Anwar berkata, prestasi ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.4 peratus bagi suku pertama tahun ini, bukan sahaja diakui di dalam negara, malah turut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Berdasarkan unjuran awal, suku kedua bakal mencecah 4.5 peratus. Malaysia melonjak 11 anak tangga ke kedudukan 23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025.

“Lebih penting, ringgit turut mencerminkan keyakinan yang kian pulih. Setakat pertengahan tahun ini, ringgit mengukuh lebih 5.0 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), iaitu terkini mencatat paras RM4.23,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, prestasi tersebut meletakkan ringgit sebagai antara lima mata wang terbaik Asia tahun ini.

Setakat 11.01 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2230/2305 berbanding dolar AS daripada 4.2300/2370 ketika ditutup semalam.

Anwar berkata, segala pencapaian data dan angka ini, seberapa membanggakan sekalipun, tidak membawa makna sekiranya rakyat di bawah masih bergelut dengan kos sara hidup.

“Pertumbuhan ekonomi meyakinkan membolehkan pelbagai ikhtiar meningkatkan darjat hidup rakyat dilaksanakan,” kata beliau. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close