GovernansMalaysiaPilihan Editor

ADUN Belanja Pegang Portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Dalam Kerajaan Campuran Perak

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Khairudin Abu Hanipah dilantik dan diamanahkan untuk memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Din adalah antara senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas dua hari mengangkat sumpah jawatan bagi penubuhan kerajaan campuran di negeri itu.

Senarai portfolio itu telah diumumkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan memegang portfolio Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.

ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun memegang portfolio, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan sementara ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam.

Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India disandang ADUN Sungkai, A Sivanesan sementara ADUN Jalong, Loh Sze Yee menyandang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor.

ADUN Temengor, Salbiah Mohamed diumumkan sebagai memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan serta ADUN Aulong, Teh Kok Lim bertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

Ia diikuti ADUN Teja Sandrea Ng Shy Ching yang diumumkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sementara ADUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan.

Selain itu, ADUN Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO sementara ADUN Pasir Bedamar, Woo Kah Leong bertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina.

Ketika mengumumkan senarai portfolio berkenaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat sini pada Rabu, Saarani berkata barisan Exco yang dilantik adalah gabungan antara pemimpin muda dan yang berpengalaman.

“Senarai yang diumumkan ini membariskan gabungan pemimpin berpengalaman dan pemimpin muda dan pemimpin berpengalaman termasuk mereka yang pernah menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini.

“Kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama bagi membincang dan memutuskan beberapa perkara penting.

“Antaranya, mesyuarat bersetuju supaya Mesyuarat Pertama dan Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Ke-15 Perak Darul Ridzuan akan diadakan pada 19 Disember depan bagi pembentangan Bajet 2023,” katanya lagi.

Pada Selasa, kesemua 10 ADUN yang terdiri daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) itu telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close