Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Landskap pengajian tinggi termasuk kursus berkemahiran tinggi mengalami pelbagai perubahan sejajar evolusi semasa.
Perubahan dalam era Revolusi Industri 4.0, dan seterusnya 5.0 harus diterima dengan tangan terbuka dan landskap pengajian tinggi perlu bersedia menerima perubahan pesat ini.
Menyedari kepentingan pengajian tinggi bergerak ke hadapan bersama-sama perubahan pesat ini, kerajaan negeri Perak pimpinan Barisan Nasional (BN) menjalankan pelbagai inisiatif bagi memastikan negeri ini terus kekal relevan sebagai hab pendidikan pengajian tinggi.
Baharu-baharu ini, manifesto BN Perak telah menawarkan daerah Perak Tengah sebagai Koridor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara.
TVET memperoleh peruntukan besar kerana peranan penting bidang ini sebagai salah satu pemangkin untuk membangunkan bakat berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan ekonomi dan demi mencapai matlamat negara yang makmur, inklusif dan mampan.
Melalui pemerkasaan TVET, masyarakat Malaysia termasuk Perak bakal mendapat akses luas kepada peluang latihan kemahiran dan seterusnya peluang pekerjaan selain penjanaan pendapatan.
Ini akan menyediakan taraf hidup yang lebih baik kepada semua rakyat Perak termasuk di Parlimen Parit dan membolehkan pengagihan ekonomi secara lebih adil, saksama dan inklusif kepada semua kumpulan pendapatan, etnik serta wilayah.
Pandangan sama dilontarkan calon BN kerusi Belanja, Khairudin Abu Hanipah yang gembira daerah Perak Tengah, diangkat sebagai koridor TVET bagi memberi peluang kepada anak-anak muda yang mungkin kurang daripada segi pencapaian akademik tapi boleh menceburi dalam bidang teknikal.
“Ini satu inisiatif cukup baik dan kita mengharapkan manifesto ini kita selaraskan apabila kita membentuk kerajaan.
“Saya sebagai bekas guru cukup menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan BN khususnya memastikan pendidikan diberi keutamaan,” katanya.
Di Perak Tengah ini terutama di Bandar Seri Iskandar ini, terdapat beberapa institusi tinggi serta berasaskan TVET seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Kolej Profesional MARA, Institut Kemahiran Belia Negara (ITBN) dan Giat MARA.
Ketika ditemui calon BN kerusi Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria menyifatkan kawasan parlimennya sangat bertuah kerana diwujudkan pelbagai instutusi pendidikan tinggi yang memenuhi kehendak pelajar, keperluan kebolehpasaran mengikut industri, meningkatkan keupayaan berkemahiran tinggi serta sebagai pusat intelektual pendidikan yang dirujuk.
“Seiring dengan hal itu, pengembangan institusi pendidikan ini telah memberi impaks positif kepada masyarakat Bandar Seri Iskandar dan sekitarnya sekaligus mempertingkatkan sosio-ekonomi rakyat, perniagaan dan ekonomi setempat,” katanya.
Di sini, 20 sebab kedudukan pendidikan antara yang terbaik dari Perak Tengah;
- Peningkatan kebolehpasaran dan pendapatan
- Pengkhususan dan persediaan kerjaya
- Pembasmian kemiskinan
- Ia menggalakkan kewarganegaraan yang baik
- Mengembangkan idea atau inovasi
- Meningkatkan kebolehan komunikasi
- Mengupayakan pemikiran kritis
- Mencipta kebolehan baharu
- Meningkatkan keyakinan dan harga diri
- Meningkatkan nilai disiplin dan nilai-nilai murni
- Kuat berfikir
- Kelestarian dalam dunia intelektual
- Kesaksamaan dan pemerkasaan gender
- Memperkasakan teknologi dan penyelidikan
- Penyediaan pengkhususan bidang bagi ciptaan baharu
- Menyediakan pasaran buruh yang memenuhi keperluan kerja
- Pendidikan bertaraf antarabangsa
- Kelompok warga pendidikan yang berhemah
- Mewujudkan rangkaian komuniti yang insaniah dan berfikiran terbuka
- Melahirkan masyarakat yang bersyukur