Dimensi BisnesPilihan Editor

PMC Mahu Beli Baki 49 Peratus Saham A&W Malaysia

Pan Malaysia Corporation Bhd (PMC) bercadang untuk membeli baki 49 peratus kepentingan ekuiti dalam pengendali rangkaian makanan segera, A&W (Malaysia) Sdn Bhd daripada Inter Mark Resources Sdn Bhd, terdiri daripada 30.38 juta saham biasa, pada harga RM69.45 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata pembelian itu akan dimuktamadkan melalui gabungan pembayaran tunai RM41.67 juta dan terbitan 111.13 juta saham biasa dalam PMC pada harga terbitan 25 sen sesaham.

Syarikat itu berkata, ia turut bercadang mempelbagaikan perniagaan sedia ada PMC dan anak-anak syarikatnya dengan menyertai usaha dan penyediaan perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) serta aktiviti berkaitan.

“Berdasarkan pandangan positif pasaran makanan segera di Malaysia, lembaga pengarah optimis terhadap prospek jangka panjang dan prospek kumpulan A&W dan berpendapat cadangan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan kumpulan PMC,” katanya.

Sebelum ini, pada 23 September 2021, PMC memeterai perjanjian jual beli dengan Inter Mark untuk membeli 31.62 juta saham A&W Malaysia, mewakili 51 peratus kepentingan ekuiti dalam A&W Malaysia pada harga RM21.04 juta.

Tanpa mengambil kira keadaan yang tidak dijangka dan tertakluk kepada semua kelulusan yang berkaitan, cadangan pembelian itu dijangka selesai pada suku pertama 2024. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close