Governans

AGENDA KEMAMPANAN: Malaysia Diangkat Pengerusi Bersama ‘Dialog FACT’ Sehingga 2027 – Johari Ghani

Malaysia diangkat sebagai pengerusi bersama dengan United Kingdom (UK) bagi Dialog Perhutanan, Pertanian dan Perdagangan Komoditi (FACT) bermula tahun ini sehingga 2027.

Pengumuman itu dimaklumkan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani selepas pertemuan dengan Menteri Iklim UK, Kerry McCarthy di London.

Johari berkata, pelantikan ini satu pengiktirafan terhadap kejayaan Malaysia dalam memajukan agenda kemampanan dalam pengeluaran komoditi di peringkat global.

Katanya, McCarthy juga melihat kesungguhan Malaysia dan beliau mahu menggunakan Malaysia sebagai contoh baik kepada negara pengeluar yang masih belum menyokong idea kemampanan ini.

“Kita nak menunjukkan Malaysia ada ‘sustainable palm oil’ (minyak sawit mampan).

“Kalau UK boleh terima pensijilan kita, sudah tentu negara Eropah lain terima hakikat pensijilan MSPO ini boleh diguna pakai untuk menjaga kemampanan sesebuah negara apabila mengeluarkan komoditi,” katanya.

Ia menetapkan empat bidang keutamaan termasuk akses pasaran, sokongan pekebun kecil serta kebolehkesanan dan ketelusan, selain kepentingan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi baharu dalam industri komoditi.

Dialog Fact disertai 28 negara termasuk 16 negara pengeluar komoditi seperti kelapa sawit, getah, koko dan kayu-kayan selain 12 negara pengimport bahan komoditi. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close