Dimensi BisnesEkonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Eksport Mi Segera Korea Selatan Melonjak 28 Peratus Semasa Pandemik

Eksport mi segera Korea Selatan melonjak lebih 28 peratus dalam 11 bulan pertama tahun ini di tengah-tengah pandemik COVID-19, menurut data pada Isnin.

Penghantaran mi segera ke luar negara, atau “ramyeon” dalam bahasa Korea, mencecah US$549.72 juta pada Januari-November, meningkat 28.4 peratus dari tahun sebelumnya, menurut data Perkhidmatan Kastam Korea dan pemain industri.

Ia jauh melebihi jumlah eksport tahun lalu sebanyak US$467 juta, lapor Agensi Berita Yonhap. Lonjakan itu disebabkan populariti global mi segera buatan Korea sebagai makanan darurat ketika semua orang berada di rumah berikutan kawalan pergerakan COVID-19.

Turut menyumbang ialah penghantaran ke luar negara Chapaguri dalam jumlah yang besar, iaitu sejenis hidangan mi dari filem “Parasite” yang memenangi Oscar dan campuran Chapaghetti, mi kacang hitam segera, dan Neoguri, mi udon Korea yang pedas.

China adalah pasaran luar negara terbesar dalam tempoh 11 bulan, dengan eksport mencapai US$ 138.56 juta, atau 25.2 peratus daripada jumlah keseluruhan. Diikuti Amerika Syarikat US$72.84 juta, Jepun US$44.98 juta, Thailand US$24.66 juta dan Filipina US$22.37 juta.

Eksport mi segera Korea Selatan meningkat kepada US$470 juta tahun lalu, meningkat daripada US$410 juta pada 2018 dan US$380 juta pada 2017.

Jika prestasi sepanjang 11 bulan itu sebagai petunjuk, penghantaran ramyeon ke luar negara dijangka melonjak ke rekod baharu dan melebihi nilai US$600 juta, kata pemerhati industri.

Berdasarkan mi segera yang dikeluarkan dan dijual oleh syarikat makanan Korea Selatan di luar negara, penggunaan global ramyeon jauh lebih tinggi daripada jumlah eksport, tambah mereka. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close