MalaysiaPilihan Editor

Agong Ziarah Makam Nabi Muhammad SAW, Raudah Di Madinah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menziarahi makam junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan Raudhah di Masjid Nabawi, Madinah di Arab Saudi, semalam.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini, baginda turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat di perkarangan makam Nabi Muhammad SAW.

Menurut Istana Negara, selesai solat Isyak, Seri Paduka disertai Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Baginda berdua membaca doa salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dengan dipimpin oleh mutawif bagi tetamu negara Sheikh Mustafa Alarabi,” katanya.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berada di Madinah dan Makkah hingga 1 Julai untuk menunaikan ibadah haji.

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang juga kemuncak haji pada Selasa ini manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu ini.

Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close