MalaysiaPilihan Editor

TOKYO 2020: Palang Imbangan Cabaran Getir Farah Ann

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Palang imbangan sebagai halangan ?

Apakah Farah Ann Abdul Hadi boleh mengatasinya kurang seminggu ini ?

Mungkin ini agak mengusarkan gimnastik negara kita yang pertama kali beraksi di pentas Olimpik Tokyo.

Dalam petikan BH Online, ketua jurulatih gimnastik artistik negara Ng Shu Wai mengakui Farah Ann  masih bergelut dalam mencari rentak ketika berada di atas palang imbangan.

Beliau berkata, jika Farah Ann berjaya melepasi ujian di atas palang imbangan, keputusan lebih baik mampu diperoleh gimnas negara pada penampilan sulungnya di pentas Olimpik Tokyo.

“Aksi Farah Ann di Olimpik Tokyo bergantung kepada palang imbangan. Saya hanya berharap Farah Ann tidak membuat sebarang kesilapan besar dalam disiplin ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain beraksi dalam disiplin palang imbangan, atlet berusia 27 tahun itu juga beraksi dalam disiplin melombol, palang bertingkat dan senam lantai dalam acara all-around.

Shu Wai berkata beliau dapat merasakan atlet di bawah bimbingannya itu kemungkinan sedikit gementar memandangkan ini adalah kali pertama beraksi di temasya sukan berprestij itu.

Sementara itu, bekas Olimpian negara gembira apabila Farah Ann berlepas awal ke Jepun kerana ia dapat membantu atlet berkenaan menyesuaikan diri dengan suasana temasya.

Meskipun tidak dapat ke Jepun, Shu Wai sentiasa berhubung rapat dengan Farah Ann dan mendapat bantuan daripada jurulatih gimnastik artistik kebangsaan Natalya Sinkova untuk memberikan motivasi kepada anak buahnya dalam memenangi perhatian juri.

Walaupun tidak menetapkan apa-apa target untuk Farah Ann, namun jurulatih berusia 35 tahun itu berharap gimnas negara dapat mengutip lebih daripada 52 mata kerana keputusan itu memungkinkan Farah Ann layak ke pusingan seterusnya.

Farah Ann mencipta sejarah tersendiri muncul gimnas wanita pertama layak ke Sukan Olimpik selepas mencatat keputusan memberangsangkan pada Kejohanan Gimnastik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman.

Beliau muncul gimnas ketiga Malaysia layak ke Olimpik selepas Au Li Yen pada edisi 2000 (Sydney) dan Shu Wai pada 2004 (Athens).

Selain Farah Ann, turut ke pentas Olimpik Tokyo, gimnas lelaki negara Jeremiah Loo Phay Xing yang juga membuat penampilan sulung selepas layak dalam acara all-around individu lelaki bulan lepas.

Menurut Persekutuan Gimnastik Malaysia, kejayaan Jeremiah ke Tokyo adalah berdasarkan keputusan di Kejohanan Gimnastik Dunia 2019 di Stuttgart.

Gimnastik artistik akan membuka gelanggang pada 24 Julai hingga 3 Ogos di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo. Sukan Olimpik berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE/BERNAMA/FB FARAH ANN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close