GovernansMalaysiaPilihan Editor

PKP Diperketat, Sekatan Tambahan Sektor Ekonomi, Sosial

Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju memperketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

Pejabat Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat pada Sidang Khas MKN petang tadi yang turut bersetuju dengan sekatan lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Sidang khas itu dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP sudah diperketat termasuk larangan rentas negeri dan daerah serta sekatan bagi aktiviti sosial, sukan dan rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka.

“Bagaimanapun, penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi, menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang.

“Mengambil kira perbincangan dan penelitian dalam sidang khas pada hari ini, mesyuarat sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP yang sedang berkuat kuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

“Perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri pada 22 Mei 2021 (esok),” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, sidang khas berkenaan turut membabitkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri serta pandangan mereka terhadap usaha untuk mengekang penularan COVID-19.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, mesyuarat itu meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan berhubung status terkini kes COVID-19 termasuk kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan setiap negeri dan cadangan tindakan bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Katanya, sidang khas itu juga membincangkan status pelaksanaan PKP yang sedang berkuat kuasa untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei lalu. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close