Duniaku TeknokratPilihan Editor

Ahmad Fuaad akan tamat khidmat sebagai Presiden, CEO UMW Holdings

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan UMW Holdings Bhd (Kumpulan UMW) Datuk Seri Ahmad Fuaad Kenali dijadual menamatkan penggal tiga tahun jawatan beliau pada 31 Oktober ini.

Kumpulan UMW berkata, beliau juga akan berhenti menjadi pengarah eksekutif kumpulan pada tarikh yang sama.

“Di bawah kepimpinan beliau, Kumpulan UMW telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menambah baik daya tahan syarikat semasa pandemik COVID-19.

“Hasilnya, kumpulan berupaya untuk pulih dengan pantas dan mencatatkan hasil dan keuntungan sebelum cukai paling tinggi dalam tempoh lapan tahun lepas pada 2022,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pada 24 Ogos, 2023, Sime Darby Bhd mengumumkan ia memeterai perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk mengambil alih 61.2 peratus kepentingan PNB dalam UMW Holdings Bhd. Cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai pada pertengahan November 2023.

Bagi memastikan kestabilan dan kesinambungan operasi Kumpulan UMW semasa tempoh peralihan, presiden bahagian peralatannya Megat Shahrul Azmir Nordin telah dinamakan sebagai pegawai bertanggungjawab Kumpulan UMW. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close