GovernansPilihan Editor

Tidak Perlu Naikkan Paras Siling Hutang Statutori Semasa

Tiada keperluan untuk kerajaan menaikkan lagi paras siling hutang statutori yang ketika ini pada kadar 65 peratus, demikian mengikut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, ketika ini hutang kerajaan adalah kira-kira RM1.2 trilion atau 61 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kita (kerajaan) telah meluluskan sehingga 65 peratus siling hutang daripada KDNK (sebelum ini), bererti ada empat peratus lagilah. Jadi setakat ini saya tidak nampak ada keperluan untuk meningkatkan siling hutang ini.

“Ini kerana kita dah tingkatkan dua kali (paras siling) sewaktu pandemik dulu, dari 55 peratus ke 60 peratus, kemudian 60 peratus ke 65 peratus,” katanya.

Yang turut hadir Presiden DPUKM, Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor.

Kedudukan hutang negara terkini, menurut Perdana Menteri sudah mencecah melebihi 80 peratus daripada KDNK. Ia turut memberi kesan apabila bajet defisit akan lebih melebar daripada jangkaan awal, iaitu 5.8 peratus daripada KDNK untuk 2022.

Dalam perkembangan lain Ahmad berkata, sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan diberi tumpuan sewajarnya dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini.

Katanya, berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah PMKS di Malaysia ketika ini adalah kira-kira 1.26 juta.

“Daripada jumlah ini, 78.6 peratus atau 964,000 adalah perniagaan mikro yang jumlah jualannya kurang RM300,000 dan bilangan pekerja kurang daripada lima orang.

“Bagi perusahaan kecil 19.8 peratus dan baki 1.6 peratus adalah perusahaan sederhana. Jadi apa yang kita hasratkan ialah supaya perusahaan mikro ini meningkat kepada kecil dan perusahaan kecil kepada sederhana dan seterusnya.

“Oleh itu telah disebut oleh Perdana Menteri dalam dialog belanjawan baru-baru ini, beliau menyebut belanjawan kali ini antara lain akan menumpukan kepada PMKS dengan akan mengumumkan perkara-perkara berkaitan pada 24 Februari ini,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close