Duniaku TeknokratPilihan Editor

Elon Musk Hilang RM76.3 Bilion Dalam Satu Malam

Bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk hilang AS$16 bilion (RM76.3 bilion) nilai kekayaan dalam masa semalaman apabila saham Tesla menjunam lebih sembilan peratus berikutan prestasi kewangan yang buruk pada suku ketiga 2023, lapor Sputnik memetik Bloomberg Billionaires Index (BBI).

Saham pengeluar kereta elektrik itu jatuh 9.3 peratus kepada AS$220 apabila ditutup semalam selepas laporan suku tahunan menunjukkan pendapatan bersih syarikat merosot hampir 1.8 kali berbanding suku sebelumnya.

Nilai bersih Musk susut sebanyak tujuh peratus kepada AS$210 bilion, yang masih belum mencukupi untuk mengenepikannya daripada kedudukan teratas manusia paling kaya di dunia.

Hartawan barangan mewah Perancis, Bernard Arnault yang mengetuai syarikat mega Moet Hennessy Louis Vuitton (LVMH), di tempat kedua dengan AS$155 billion, diikuti rapat oleh pengasas Amazon, Jeff Bezos dengan AS$144 bilion. -BERNAMA-SPUTNIK

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close