Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (Allianz General) menawarkan bantuan tepi jalan percuma untuk pemegang polisi bantuan motosikal komprehensif (di bawah 250cc).
Perkhidmatan bantuan tepi jalan, yang disediakan oleh Allianz Road Rangers, termasuk bantuan kecemasan untuk penundaan (percuma hingga 50 kilometer (km), perjalanan pergi balik, penghantaran bahan bakar, bateri dan perkhidmatan tayar pancit.
Justeru, mana-mana pelanggan Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) atau Allianz Motorcycle (Komprehensif) (di bawah 250cc) boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Allianz Road Rangers di 1800-22-5542, untuk meminta juruteknik atau trak tunda dihantar ke lokasi mereka untuk bagi mendapatkan bantuan, kerja pembaikan, atau untuk memberikan perkhidmatan penunda.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang, berkata motosikal adalah pasaran yang serba kekurangan di Malaysia, malah penunggang sudah lama menunggu perkhidmatan yang lebih baik ketika berada di atas jalan raya.
“Kami memulakan perkhidmatan Allianz Road Rangers untuk pelanggan (kereta persendirian) yang komprehensif pada 2017 dan mampu memberikan manfaat yang sama untuk pemegang polisi komprehensif motosikal di bawah 250cc,” katanya dalam satu kenyataan.
“Oleh itu, jika anda penunggang motosikal di Malaysia, harapan terbaik anda adalah sewaktu mengalami tayar pancit atau kerosakan adalah seorang rakan, penunggang motosikal lain atau seseorang yang baik muncul untuk membantu,” katanya.
Beliau menambah, sebilangan syarikat pengendali mengelak daripada memilih jenis perkhidmatan ini kerana ia tidak menguntungkan berbanding dengan penundaan kereta, tetapi Allianz General memilih untuk melaksanakannya.
“Matlamat kami adalah mengubah keadaan dengan menawarkan bantuan dan janji kepada penunggang motosikal bahawa, dengan Allianz Road Rangers, bantuan akan sentiasa ada apabila anda memerlukannya,” katanya.
Selain itu, Allianz Motorcycle Plus kini menawarkan perlindungan yang lebih baik dengan perlindungan kemalangan sebanyak RM10,000 (untuk kematian atau hilang upaya kekal) dan Pendapatan Hospital hingga RM6,000 (RM100 hingga 60 hari) untuk polisi komprehensif dan polisi pihak ketiga tanpa caj tambahan. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE