MalaysiaPilihan Editor

TOKYO 2020: Azizulhasni – Anda Wira Negara, Anda Hebat, Anda Luar Biasa, Tidak Mengapa Hadiah Perak Buat Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Tidak terkata-kata !

Hanya sorakan dan keazaman !

Kudrat dan air mata mengiringinya !

Tekanan yang luar biasa, bukan setakat keluarga, ibu bapa namun negara bersandarkan harapan menggunung itu !

Itulah pelumba basikal trek kita, Datuk Azizulhasni Awang yang melakukan sehabis baik.

Azizulhasni  menghadiahkan pingat perak buat negara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi selepas menduduki tempat kedua perlumbaan final acara keirin di Velodrom Izu.

Pelumba Great Britain, Jason Kenny mempertahankan pingat emas dimenanginya di Olimpik Rio 2016 manakala Harie Lavreysen (Belanda) meraih gangsa.

Untuk rekod, Azizulhasni, 33, sebelum ini pernah meraih gangsa di Olimpik Rio 2016. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

 

Pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang (tengah) selepas memenangi saingan saringan kedua separuh akhir acara keirin pada Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, sebentar tadi. - Foto BERNAMA
Pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang (tengah) selepas memenangi saingan saringan kedua separuh akhir acara keirin pada Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, sebentar tadi. – Foto BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close