MalaysiaPilihan Editor

Anwar Hadir Rumah Terbuka MCA Selepas 25 Tahun

Selepas hampir 25 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini buat pertama kalinya menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.

Kali terakhir Perdana Menteri menghadiri majlis berkenaan adalah ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, sebelum dipecat daripada jawatan itu pada 1998.

Kehadiran Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

“MCA itu dalam rangka persahabatan lama tapi yang bagusnya, kita tidak pernah putus persahabatan walaupun perbedaan parti dan pandangan dari semasa ke semasa tapi sekarang balik semula (bersama).

“Saya juga banyak berbincang dengan Presiden MCA dan nampak kita tumpu pada pembangunan serta ekonomi Malaysia,” katanya.

Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 1998.

Beliau kemudian dipenjarakan atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa, yang disifatkannya sebagai percubaan bermotifkan politik untuk menamatkan kerjayanya.

Pada majlis itu, Anwar dan tetamu yang hadir turut menggaul yee sang sebagai simbol kepada kemewahan dan kemakmuran bagi masyarakat Cina.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian tradisional kaum berkenaan. – BH ONLINE/BERNAMA

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang hari ini.  - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang hari ini. – Foto BERNAMA

 

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sewaktu hadir pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sewaktu hadir pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang hari ini. – Foto BERNAMA

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close