Duniaku TeknokratPilihan Editor

Azdini Dilantik Jadi CEO BIMB Investment

Bank Islam Malaysia Bhd melantik Azdini Nor Azman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas bagi anak syarikat milik penuhnya, BIMB Investment Management Bhd berkuat kuasa 1 Ogos 2023.

Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini berkata, Azdini menyertai BIMB Investment sebagai Pemangku CEO pada 1 Mac 2023 dan dilantik ke jawatan CEO setelah menerima kelulusan rasmi daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

“Azdini mempunyai pengalaman luas selama 26 tahun dalam industri yang merangkumi pelbagai organisasi termasuk Asian Islamic Investment Management Sdn Bhd, Bank Muamalat Malaysia Berhad, CFC Seymour Limited, Bank Islam Malaysia Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad and Amanah Short Deposits Berhad,” kata bank itu.

Beliau kini ahli Jawatankuasa Kecil Pasaran Kewangan Islam Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun 2022-2023.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close