MalaysiaPilihan Editor

KKM Kenal Pasti 30 Lagi Varian COVID-19

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti 30 lagi varian membimbangkan (VOC) dan satu varian mempunyai kepentingan (VOI).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pengesanan itu melalui survelan genomik yang dijalankan ke atas 59 sampel COVID-19 dari 24 April hingga hari ini.

Beliau berkata, ia merangkumi 27 kes baharu tempatan COVID-19 dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351, manakala tiga kes baharu tempatan dijangkiti varian United Kingdom, UK B.117 dan satu kes import baharu dijangkiti varian Indian B.1.617.1

Katanya, Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India dengan mutasi berganda iaitu Indian B.1.617.1, membabitkan kes mempunyai sejarah perjalanan ke Mumbai.

“Individu itu masuk ke negara ini menggunakan pas pekerjaan pada 10 April lalu dan dikesan positif COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) pada hari sama.

“Kes dikenal pasti dijangkiti varian Indian B.1.617.1 hasil analisis jujukan genom penuh (WGS). Kes sudah diasingkan dan sedang menerima rawatan.

 

“Malaysia sudah mengadakan sekatan kemasukan pengembara bukan warganegara dari India dan melanjutkan tempoh kuarantin 14 hari kepada pengembara warga India, sejak 28 April lalu berikutan penularan varian Indian B.1.617.1 semakin membimbangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai varian Afrika Selatan B.1.351, Dr Noor Hisham berkata, ia pertama kali dikesan di Perak dan Kelantan membabitkan dua kluster, selain terdapat tujuh kes lain dikesan di Selangor.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan COVID-19 varian Afrika Selatan B.1.351 adalah sebanyak 48 kes.

“Selain itu, terdapat pertambahan tiga kes baharu tempatan COVID-19 dijangkiti varian UK B.117 dikesan di Selangor dan Sabah menjadikan jumlah kes dijangkiti varian ini sehingga kini sebanyak lapan kes,” katanya.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui IMR dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) akan sentiasa memantau perkembangan mutasi varian SARS-CoV-2 dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.  BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close