Kedai RuncitPilihan Editor

Kami Memerlukan Jalan Untuk Bantu Perniagaan, Melalui GRAB, Kami Dapat Melakukannya !

Ayah berasal dari kampung nelayan di India, di mana dia mempelajari perniagaan daripada nelayan kampung.

Di Pulau Pinang, dia menjual sayur.

Tapi dia tak puas macam menjual ikan.

Duit pun tak cukup, jadi dia kembali menjual ikan.

“Saya 10 tahun ketika mula membantu ayah.

“Dia memberi 10 sen jika saya membantu pada sebelah pagi sebelum ke kelas.

“Saya melihat cara-cara dia memilih ikan, menyiang, memotong, menimbang dan membersihkan gerai – ini menanam minat saya terhadap ‘perniagaan ikan’.

“Waktu itu, Pasar Chowrasta satu-satunya pasar di Pulau Pinang dan kami mendapat beberapa jenis ikan terbaik.

“Di situlah saya belajar tentang penjualan ikan, walaupun tak tahu samaada itu hala tuju saya,” kata Shahjahan berusia 62 tahun.

Kata Shahjahan lagi, dulu beliau pelajar pandai dan mendapat biasiswa untuk memasuki Penang Free School.

“Ketika di Tingkatan 4, saya mula ‘main-main’ dan mendapat ‘Gred 3’ dalam Malaysian Certificate of Examinations (MCE).

“Saya hilang biasiswa, lalu tinggalkan Pulau Pinang dan bekerja di KL dan Singapura.

“Tapi saya balik juga sebab rindu masakan Pulau Pinang dan dapat membantu ayah.

“Saya tak buat kerana duit, tapi untuk belajar,” katanya lagi.

Pasar sentiasa padat, jadi semuanya mesti pantas.

“Saya budak yang kuat dan tangkas, sentiasa bertenaga, jadi saya dapat bekerja untuk jangka masa lama dan membuat pekerjaan dengan cepat.

“Ayah sangat cerewet dan mahu menjual ikan-ikan yang terbaik saja. Inilah warisan yang masih saya teruskan,” kata Shahjahan.

Semasa PKP pertama, jualan kami turun mendadak 50%.

Ia tak dapat dielakkan, tapi kami memerlukan jalan untuk membantu perniagaan, dan dengan Grab kami dapat melakukannya.

Tak ramai penjual ikan yang rasa mereka akan mendapat manfaat daripada menggunakan teknologi dalam perniagaan.

Mungkin mereka tak terpelajar atau yakin.

Tapi anda wajib mengikut perkembangan semasa, atau akan ketinggalan.

Mempelajari menggunakan aplikasi bukan susah.

Sekarang kami membekalkan ikan ke seluruh Pulau Pinang, dan memuaskan hati lebih ramai orang dengan ikan berkualiti tinggi. Itulah rahsia perniagaan yang berjaya: pelanggan yang gembira.”

Bantulah perniagaan kecil berkembang maju.

Pesan dari peniaga tempatan seperti Gerai Ikan Shahjahan di Pasar Chowrasta, Pulau Pinang, di GrabMart. #TechUntukSemua – GRAB NEWS

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close