MalaysiaPilihan Editor

BANJIR: Semua Pihak Seharusnya Bersama Kerajaan Dengan Agenda Lebih Besar Bantu Pulih Negara Terkesan Krisis Kesihatan, Ekonomi & Terbaharu, Bencana Alam

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Semua pihak seharusnya bersama kerajaan dengan agenda yang lebih besar iaitu membantu memulihkan negara yang terkesan dengan krisis kesihatan, ekonomi dan juga terbaharu, bencana alam,” kata Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia menegaskan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah memberi banyak bantuan untuk membantu Keluarga Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa, terutama ketika ini, bencana banjir melanda di seluruh negara.

Sebagai koimitmen kerajaan sekarang, kata Norliza, antara inisiatif yang dilaksanakan ialah penangguhan bayaran pinjaman rumah, kad kredit, kenderaan dan peribadi sehingga 6 bulan untuk mangsa bencana alam kali ini.

“Selain itu, Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000, rebat bayaran elektrik kegunaan domestik, pinjaman TEKUN, pinjaman peribadi oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kadar faedah 0% serta beberapa bantuan dan inisiatif lain yang pastinya membantu rakyat tanpa menjejaskan simpanan hari tua mereka,”‘ katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Pada waktu kepayahan ini, ada pihak tertentu yang menggunakan isu pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Umum juga mengetahui atas usaha UMNO Barisan Nasional (BN), rakyat telah menikmati tiga siri pengeluaran KWSP, iaitu i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.

Norliza berkata, Wanita UMNO juga hendaklah mempamerkan kematangan berpolitik khususnya dalam situasi negara berdepan dengan bencana alam.

“Apa jua kenyataan yang dibuat tidak harus mengakibatkan kepincangan politik dan menggugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan pada hari ini.

“Pada waktu rakyat sedang bergelut dengan pelbagai cabaran, Wanita UMNO sewajarnya hadir membantu mereka dalam apa jua cara yang termampu termasuk kejadian banjir besar baharu-baharu ini,’ ujar Norliza.

Menurut beliau, rakyat sebenarnya sudah muak dengan “politiking” yang berpanjangan apatah lagi dalam masa fasa pemulihan daripada pandemik Covid19 dan ditambah dengan cabaran bencana banjir yang melanda beberapa negeri negara ini. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close