MalaysiaPilihan Editor

Isu Stoking Kalimah Allah: Pemangku Sultan Johor Titah Jangan Ganggu Gugat Keharmonian Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,

Malahan, Tunku Mahkota turut menitahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap isu kalimah Allah.

Tunku Mahkota bertitah, langkah berkenaan perlu diambil bagi memastikan isu seperti itu tidak akan berulang lagi.

“Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu terbabit dan memastikannya tidak akan berulang lagi. Isu ini tidak boleh dipandang remeh, saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” titah baginda dalam akaun Facebook hari ini.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Rabu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung video dan gambar tular berkaitan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu dilaporkan berkata, jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Pengendali rakaian kedai serbaneka itu turut meminta supaya tidak memboikot perniagaan mereka. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close