Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: PROTON Perkenal Model X50 Serba Baharu

PROTON memperkenalkan X50 terbaharu sebagai persediaan syarikat untuk pelancaran model pertamanya bagi tahun ini.

Dengan lebih 134,000 unit terjual sejak diperkenalkan pada Oktober 2020, kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B ini menjadi model nombor satu dalam kelasnya selama lima tahun berturut-turut.

Kini, ia menerima kemas kini menyeluruh yang menampilkan gaya serba baharu secara menyuluruh ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 dinaik taraf, sistem IHU yang dipertingkatkan dengan skrin besar 14.6 inci dan buat pertama kalinya, pengecaman suara (VR) Bahasa Melayu.

Tersedia dalam tiga varian iaitu Executive, Premium, dan Flagship, PROTON bakal memulakan aktiviti pra-pelancaran tidak lama lagi menjelang pelancaran rasmi model ini.

Ia bertujuan untuk memperkenalkan ciri-ciri baharunya serta menerima tempahan awal daripada bakal pembeli.

 

Kecerdasan dalam kabin adalah teras kepada daya tarikan PROTON X50 terbaharu - Foto ihsan PROTON
Kecerdasan dalam kabin adalah teras kepada daya tarikan PROTON X50 terbaharu – Foto ihsan PROTON

 

Pelanggan boleh memilih daripada empat warna sedia ada iaitu Snow White, Passion Red, Jet Grey, Armour Silver, dan penambahan baharu yang menarik, Teal Bayou Green.

Kecerdasan dalam kabin adalah teras kepada daya tarikan PROTON X50 terbaharu.

Fokus utamanya ialah paparan infotainmen 14.6 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, kini dipertingkatkan dengan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu yang mengukuhkan komitmen PROTON terhadap antara muka yang lebih setempat dan mesra pengguna.

Aplikasi PROTON Link 2.0 terkini seterusnya meningkatkan kemudahan, menawarkan pengaktifan enjin dan pendingin hawa dari jauh, kemas kini status kenderaan masa nyata, dan penjadualan temu janji servis – semuanya boleh diakses melalui peranti mudah alih.

Melengkapi model ini ialah ciri-ciri keselamatan yang teliti, termasuk ‘column shifter’ yang diinspirasikan daripada kereta mewah, fungsi tambahan ADAS Tahap 2 dengan Sistem Radar Sisi Belakang (RSRS), sistem Bantuan Parkir Automatik (APA) yang dipertingkatkan dan Kamera HD 360 darjah serta paparan telus bawah kenderaan 180 darjah memastikan X50 memberikan kecerdasan dan keyakinan di belakang roda.

 

PROTON X50 serba baharu dikuasakan oleh gabungan enjin i-GT 1.5 TD baharu yang canggih dengan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan yang responsif - Foto ihsan PROTON
PROTON X50 serba baharu dikuasakan oleh gabungan enjin i-GT 1.5 TD baharu yang canggih dengan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan yang responsif – Foto ihsan PROTON

 

Disokong oleh penarafan keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang, pemandu boleh menikmati ketenangan fikiran yang sebenar, mengetahui kenderaan kekal responsif dan boleh dipercayai dalam semua keadaan pemanduan.

Dikuasakan oleh gabungan enjin i-GT 1.5 TD baharu yang canggih dengan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan yang responsif, model terbaharu ini menjana kuasa 133 kW dan 290 Nm tork.

Ia mampu memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam hanya 7.6 saat — mengatasi PROTON X50 2025 sebanyak 0.3 saat.

Dengan peningkatan ketara 4.7 peratus dalam kecekapan bahan api, ia menetapkan penanda aras baharu untuk prestasi dan ekonomi dalam kelasnya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Zhang Qiang, berkata sebagai model SUV terkemuka dalam rangkaian PROTON, harapan adalah tinggi untuk PROTON X50 terbaharu untuk meneruskan legasi kecemerlangan model ini.

“Dengan menawarkan pelanggan peningkatan teknologi dan prestasi yang menyeluruh bersama ciri-ciri mewah dan menggabungkannya dengan gaya luaran baharu yang menarik dan sporty, kami fikir tawaran terbaharu PROTON akan menarik minat pelanggan daripada semua lapisan masyarakat dan menetapkan semula penanda aras dalam kelas SUV segmen B.

“Dengan evolusinya yang dipacu inovasi, PROTON X50 terbaharu akan mengukuhkan kedudukan jenama yang kuat sambil menarik pelanggan dari keluarga kecil dan golongan profesional muda hingga pembeli kali pertama dan penduduk bandar yang celik teknologi yang mencari pengalaman pemanduan yang terhubung dan yakin,” katanya dalam satu kenyataan. – BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close