MalaysiaPilihan Editor

PRN6: Bekas Kapten Bola Sepak Lawan Anak Speaker Dewan Rakyat Di Gurun

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun menyaksikan saingan satu lawan satu antara dua anak muda termasuk seorang daripadanya bekas kapten bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar.

Baddrol, 35, yang kali terakhir beraksi dengan skuad Sabah meninggalkan dunia bola sepak untuk terjun ke arena politik akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), bersaing dengan ahli perniagaan, Firdaus Johari, yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Apa pun, tekanan lebih dirasai Firdaus, 39, kerana beliau bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN yang dimenangi bapanya, Datuk Johari Abdul pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Johari yang juga Pengerusi PKR Kedah bagaimanapun mengosongkan kerusi DUN Gurun ini pada Disember lalu selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beliau juga bertindak sebagai Timbalan Pengarah Strategi PKR Kedah, selain memegang jawatan Pengerusi Bersama Majlis Perpaduan Jerai dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pemuda KEADILAN Kedah. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close