Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran negara.
Beliau berkata untuk menjayakan matlamat itu, kerajaan memperuntukkan RM4.8 bilion memandangkan penciptaan peluang pekerjaan adalah teras utama di bawah Bajet 2022.
“Kerajaan turut komited membantu komuniti usahawan yang menggaji dan mencipta peluang pekerjaan, supaya dapat terus berkembang dan membina semula perniagaan melalui inisiatif Semarak Niaga bernilai RM40 bilion,” katanya.
Perdana Menteri juga meminta majikan termasuk agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta untuk memanfaatkan peluang dan insentif disediakan di bawah inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia.
“Bagi Keluarga Malaysia yang masih menganggur dan sedang mencari punca pendapatan baharu, pastikan anda mendapatkan khidmat padanan pekerja yang ditawarkan oleh portal MYFutureJobs,” katanya. – BH ONLINE