Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Volvo Cars Laporan 2022 Strategik & Cabaran

Jualan kereta elektrik sepenuhnya pada TK22 menyumbang 11 peratus

Volvo Cars mencapai kemajuan yang ketara dalam cita-cita strategiknya sepanjang tahun 2022, seiring dengan matlamatnya untuk menjadi syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang penghujung dekad ini, serta iklim neutral menjelang tahun 2040.

305716 Volvo EX90

Sehubungan itu, Volvo Cars melaporkan keuntungan operasi yang termasuk usaha sama dan syarikat bersekutu yang sebanyak 22.3 bilion SEK dan margin keuntungan sebanyak 6.8 peratus sepanjang tahun 2022, walaupun berhadapan masalah bekalan yang berpanjangan, penutupan di China, dan kenaikan harga bahan serta kos logistik pada tahun tersebut.

Laporan interim untuk tahun tersebut serta suku keempat boleh didapatkan di sini.

“Kami telah mengharungi pelbagai cabaran besar dan mengalami kemajuan yang ketara dalam usaha mencapai cita-cita strategik kami pada tahun 2022.

“Pencapaian ini seiring dengan perjalanan kami untuk menjadi sebuah syarikat kereta elektrik yang sepenuhnya menjelang penghujung dekad ini serta misi kami untuk menjadi neutral iklim menjelang tahun 2040,” kata Jim Rowan, presiden dan ketua pegawai eksekutif.

Kini dalam pertengahan dekad, Volvo Cars bermatlamat untuk mencapai sebanyak 50 peratus syer global melalui kereta-kereta elektrik Volvo, dengan jejak karbon 40 peratus lebih rendah untuk setiap kereta, serta keuntungan sebanyak 8-10 peratus.

“Kami kekal teguh dalam perjalanan strategik kami,” tambah Jim Rowan.

Prestasi jualan

Pada tahun 2022, prestasi kereta elektrik sepenuhnya daripada Volvo Cars terserlah sebagai sorotan utama.

Penjualan kereta elektrik Volvo meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, serta menyaksikan 11 peratus daripada jualan sepanjang tahun disumbangkan oleh kereta elektrik sepenuhnya, berbanding dengan 4 peratus pada tahun 2021.

Ia juga melibatkan prestasi kukuh dalam penjualan kereta elektrik sepenuhnya pada suku keempat, dengan mata tertinggi yang direkodkan pada 18 peratus, berbanding 6 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.

Purata ini tercapai walaupun jualan keseluruhan terjejas oleh kekangan pengeluaran.

“Dengan hasil daripada prestasi tersebut, syer pasaran syarikat dalam segmen elektrik sepenuhnya telah meningkat dengan ketara sepanjang tahun, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas*.

Prestasi kereta Recharge milik syarikat tersebut, yang termasuk kereta-kereta elektrik sepenuhnya dan hibrid plug-in, juga kukuh dengan syer sebanyak 33 peratus untuk tahun tersebut, dan 41 peratus semasa suku keempat.

Turut menjadi perhatian adalah prestasi di Brazil, Uruguay, Thailand, dan Indonesia sepanjang tiga bulan terakhir.

Pasaran-pasaran ini mencapai syer jualan untuk Recharge sebanyak 100 peratus semasa suku keempat, diikuti oleh Norway sebanyak 98 peratus, Ireland dengan 91 peratus, dan Sweden dengan 89 peratus.

Pada tahun 2022, pendapatan Volvo Cars mencecah 330.1 bilion SEK, meningkat sebanyak 17 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ia merupakan pendapatan tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah syarikat tersebut, dan disebabkan oleh campuran produk yang lebih baik, realisasi harga kereta yang lebih tinggi, kadar pertukaran asing, dan pembuatan kontrak dengan Polestar.

Prestasi operasi

Pada tahun 2022, EBIT termasuk JV dan syarikat-syarikat bersekutu mencapai 17.9 bilion SEK, turun 15.7 peratus berbanding 2021.

Margin EBIT untuk sepanjang tahun tersebut kekal pada 5.4 peratus. Walaupun dengan campuran produk yang menarik dan harga yang kukuh, prestasi EBIT terkesan oleh kekurangan volum yang disebabkan oleh kekangan pengeluaran, peningkatan kos bahan mentah dan pengangkutan, serta pembelian semikonduktor secara langsung.

Untuk tahun 2023, syarikat tersebut menjangkakan harga bahan mentah, terutamanya litium, akan kekal pada harga tinggi dan pembelian semikonduktor secara langsung masih akan diteruskan.

EBIT termasuk JV dan syarikat-syarikat bersekutu mendapati sebanyak 22.3 bilion SEK untuk tahun tersebut, meningkat 10 peratus berbanding 2021.

Hal ini menyaksikan margin EBIT mencapai 6.8 peratus untuk tahun tersebut. EBIT yang lebih tinggi pada tahun 2022 ini disebabkan oleh kesan perakaunan pegangan saham Volvo Cars dalam Polestar berikutan penyenaraian mereka di Bursa Saham Nasdaq di New York tahun lepas.

Rantaian bekalan dan pengurangan CO2

Pengeluaran pembuatan bertambah baik pada separuh kedua tahun tersebut, terutamanya semasa suku keempat.

Sepanjang enam bulan terakhir 2022, pembuatan meningkat sebanyak 15 peratus berbanding di separuh pertama tahun itu, hasil daripada keadaan bekalan yang bertambah baik.

Jumlah langganan aktif pada penghujung 2022 meningkat sebanyak 49 peratus berbanding tahun lepas.

Untuk sepanjang tahun 2022, jumlah Volvo Cars yang terjual dalam talian meningkat sebanyak 17 peratus berbanding 2021. Pertumbuhan ini dipacu oleh permintaan pelanggan yang semakin meningkat, serta tawaran yang semakin pelbagai dalam pasaran yang lebih banyak.

Momentum penjualan kukuh barisan kereta elektrik sepenuhnya dan hibrid plug-in Recharge telah menyumbang kepada pengurangan CO2 pada setiap kereta sebanyak 15 peratus, berbanding dengan penanda aras pada tahun 2018.

Rekod pengurangan ini menyokong cita-cita pertengahan dekad Volvo Cars untuk mengurangkan kadar pelepasan CO2 pada setiap kereta sebanyak 40 peratus.

2023

Walaupun 2023 kelihatan seperti tahun yang mencabar, syarikat tersebut berharap kekurangan bekalan daripada China disebabkan COVID akan berakhir dan dapat terus menyaksikan peningkatan yang stabil dalam bekalan semikonduktor.

Tambahan pula, Volvo Cars optimistik bahawa harga litium akan mula berkurang menjelang penghujung tahun, seiring dengan laporan daripada pelbagai sumber bebas yang telah diterbitkan.

Walaupun terdapat pelbagai cabaran, ketidakpastian dan peningkatan harga, Volvo Cars kekal menyaksikan kadar permintaan yang sihat untuk kereta-keretanya.

Seperti biasa, syarikat tersebut akan terus memperhatikan persekitaran luaran dengan teliti dan menyesuaikan diri dengan sewajarnya.

Untuk membantu mengimbangi peningkatan kos, syarikat tersebut baru-baru ini telah memperkukuh pelan pengoptimuman kos dan kecekapan yang komprehensif di seluruh organisasi.

Hal ini bertujuan untuk mencapai cita-cita strategik Volvo Cars melalui penggunaan dan pengoptimuman sumber yang lebih baik. Jelas bahawa ketidakpastian adalah realiti perniagaan yang tidak dapat dielakkan pada masa kini.

Oleh yang demikian, budaya yang lebih sedar kos merupakan sebuah bahagian utama untuk masa hadapan. Sekiranya 2022 telah menandakan pecutan perjalanan strategik yang maju ketika menghadapi gangguan global yang tidak pernah berlaku sebelum ini, 2023 akan  menjadi tahun yang penting, ini dipertimbangkan bahawa Volvo Cars akan mempercepatkan perjalanan transformasi syarikat tersebut.

Volvo Cars akan melancarkan sebuah SUV elektrik sepenuhnya baharu kecil pada tahun ini, yang akan memperkenalkan syarikat tersebut ke demografi yang baharu.

Volvo Cars juga akan memulakan pengeluaran Volvo EX90.

Tahun ini, syarikat tersebut akan mengubah UK daripada model perniagaan borong tradisional untuk menjadi perniagaan yang akan menghadapi pengguna secara langsung, seterusnya menawarkan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan harga nasional.

NOVO Energy, syarikat usaha sama dengan Northvolt, akan mengambil langkah penting ke arah pembangunan teknologi bateri yang mampan dengan pembinaan salah satu loji sel bateri terbesar di Eropah, di Gothenburg.

Volvo Cars menjangkakan pertumbuhan dua angka yang kukuh dalam jualan runcit sepanjang tahun ini, selagi tiada gangguan rantaian bekalan yang tidak dijangka.

Syarikat tersebut berhasrat untuk terus meningkatkan volum kereta elektrik sepenuhnya pada 2023, serta mencapai syer tahun penuh yang lebih tinggi berbanding tahun lepas sebanyak 11 peratus.

“Kami telah membuktikan pada tahun 2022 yang kami telah menghidupkan enjin pelaksanaan kami. Hal ini akan berterusan pada 2023,” kata Jim Rowan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close