GovernansMalaysiaPilihan Editor

‘Kerangka Agenda Bumiputera Perlu Melangkaui Sudut Pandang Sempit’ – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan MADANI bertekad untuk memperkukuhkan agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat dan bukan hanya kumpulan tertentu sahaja.

Justeru, Perdana Menteri berkata kerangka agenda Bumiputra perlu melangkaui sudut pandang sempit kononnya ia hanya untuk kepentingan Bumiputera semata-mata.

Malah, katanya, pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenal pasti selain daripada pengumpulan data yang bersistematik.

Beliau berkata demikian melalui Facebook susulan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputra (MEB) Bilangan 1 Tahun 2024 hari ini.

Anwar mempengerusikan mesyuarat itu yang turut dihadiri ahli MEB terdiri dua timbalan perdana menteri, menteri-menteri berkaitan serta wakil daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

“Usai mesyuarat, saya turut mengambil kesempatan untuk menyempurnakan Pra-Peluncuran KEB 2024. Kongres ini akan berlangsung pada hujung Februari 2024,” katanya.

Sementara itu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melalui ciapan di laman X berkata, KEB 2024 memperkasakan agenda Bumiputera agar lebih positif, progresif dan inovatif.

Beliau berkata, mesyuarat MEB turut membincangkan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera serta pengukuhan industri halal.

KEB 2024 akan mencadangkan hala tuju baharu dalam memperkasakan Bumiputera dengan lebih adil, saksama dan inklusif, katanya.

“Semoga agenda ekonomi Bumiputera terus diperkuat dan memberi manfaat yang berkekalan kepada komuniti bumiputera serta negara, insya-Allah,” katanya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close