MalaysiaPilihan Editor

Malaysia Harus Sedia ‘Sakit’ Untuk Jangka Pendek – Ahli Parlimen Titiwangsa

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menggariskan tiga keperluan bagi memulihkan ekonomi negara yang sedang bergelut ketika ini iaitu kestabilan politik, kecekapan dan keyakinan.

Beliau berkata, Malaysia harus sedia menanggung ‘kesakitan jangka pendek’ demi generasi akan datang.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Selasa lalu, menyenaraikan cabaran yang membelit ekonomi negara ketika ini, antaranya pertumbuhan ekonomi yang perlahan, pendapatan isi rumah berkurangan, pengangguran dan guna tenaga tidak penuh, hasil kerajaan yang rendah, dan kemiskinan yang meningkat.

“Malaysia tidak boleh lagi ada tiga perdana menteri dalam tempoh empat tahun. Pelabur tidak yakin (kerajaan stabil),” katanya dalam wawancara bersama portal FMT.

“Kedua, kita mesti ada pasukan berpengalaman dan cekap untuk baiki masalah dihadapi negara, dan merangka strategi jangka pendek dan panjang,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata strategi itu pula harus diberitahu kepada umum, termasuk hakikat mengenai ‘kesakitan jangka pendek’ dan nikmat jangka panjang.

Johari mengambil contoh rancangan melaksanakan subsidi bersasar untuk bahan bakar kenderaan yang tidak mudah tetapi perlu dilakukan.

Pemerintah sedang mempertimbangkan rancangan itu yang dijangka membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Tahun lalu, kerajaan membelanjakan kira-kira RM37.3 bilion untuk subsidi bahan bakar.

“Kita mesti ada pemerintah yang mempunyai integriti dan wibawa supaya rakyat yang akan perlu tanggung kesakitan jangka pandek yakin pada kerajaan.

“Kalau kerajaan tiada integriti, maka macam mana orang nak terima formula sakit jangka pendek itu.

“Jika kerajaan ada kemampuan, kredibiliti, pengalaman serta pemimpin yang cekap, dan ada kestabilan politik, ia boleh dilaksanakan dan rakyat akan percaya,” katanya. – BH ONLINE/FMT

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close