Duniaku TeknokratPilihan Editor

Tokoh Pasaran Saham Negara Meninggal Dunia

Penganalisis terkenal pasaran saham tempatan, Nazarry Rosli meninggal dunia disebabkan pandemik COVID-19 di Hospital Sungai Buloh pada jam 4.26 petang semalam.

Anak keduanya, Ahmad Nabil, berkata Nazarry, 58, mula dimasukkan ke hospital pada 10 September lalu sebelum ditidurkan pada 13 September.

Beliau berkata, kondisi arwah bapanya adalah sangat lemah berikutan penurunan tahap oksigen sehingga membuatkan pihak hospital mengambil keputusan untuk ditidurkan.

“Sebelum arwah ditidurkan, keadaannya sudah sangat lemah dan terpaksa bergantung kepada mesin penafasan.

Ahmad Nabil berkata, pihak keluarga pada masa ini masih menunggu panggilan daripada Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi urusan pengkebumian.

Nazarry yang juga Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia sering menjadi rujukan, khususnya dalam kalangan pelabur runcit Bumiputera bagi mendapatkan pandangan berkaitan pasaran saham tempatan.

Beliau yang juga Penasihat Persatuan Penganalisis Teknikal Malaysia (MATA) turut menjadi rujukan pengamal media bagi mendapatkan ulasan berkenaan pasaran modal.

Nazarry berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Tanah dari University of Aberdeen dan bekas pelajar Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban.

Beliau pernah berkhidmat di firma sekuriti saham, Jupiter Securities Sdn Bhd dan Jupiter Research Sdn Bhd. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close