Dell Technologies Inc akan memberhentikan kira-kira 6,650 pekerja, atau kira-kira lima peratus daripada tenaga kerja global gergasi teknologi dunia itu, lapor Bloomberg.
Sektor teknologi berdepan pemberhentian pekerja sejak beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk syarikat pesaing Dell.
HP Inc, yang turut terdedah kepada pasaran komputer peribadi (PC), pada November lalu mengumumkan pengurangan sehingga 6,000 pekerja.
Sektor teknologi mengumumkan pemberhentian 97,171 pekerja pada 2022, meningkat 649 peratus berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut firma perunding Challenger, Gray & Christmas Inc -AGENSI