Malaysia

Bekas Presiden MIC, Palanivel Meninggal Dunia

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, jam 8 pagi tadi.

Berita pemergian Palanivel, 76, yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu disahkan oleh Naib Presiden MIC, T Murugiah.

Palanivel menyertai MIC sebagai ahli biasa pada 1968 dan mula bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1990.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990 dan kekal sebagai wakil rakyat di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sebelum tewas pada 2008.

Pada 1984, beliau dilantik sebagai penyunting bagi berita dalam negeri dan ekonomi agensi berita itu sebelum dipinjamkan sebagai setiausaha akhbar kepada Samy Vellu selaku Menteri Kerja Raya antara 1987 hingga 1990. – BH ONLINE/BERNAMA

Jawatan Kerajaan:

1995–1999: Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Kesatuan

1999–2004: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar

2004–2008: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

2008–2011: Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

2011–2013: Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2013–2015: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close