Kedai RuncitPilihan Editor

BELANJAWAN 2021: RM95 Juta Pembiayaan Mikro Kredit Khas Disedia Bagi Memperkasa Usahawan Wanita

Sejumlah RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas disediakan kerajaan bagi memperkasa usahawan wanita di negara ini, umum Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Berucap pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini, beliau berkata pembiayaan itu disediakan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional),  Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan AgroBank.

Tengku Zafrul berkata selain itu sebanyak RM50 juta juga disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.

“Program bimbingan terutama aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizMe),” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan menyediakan program khusus untuk kontraktor wanita Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam kontrak kerajaan. –BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close