Duniaku TeknokratPilihan Editor

Media Prima Berhad Diiktiraf Company of The Year

Kumpulan media bersepadu terbesar di negara ini, Media Prima Berhad (Media Prima) diiktiraf sebagai ‘Company of The Year’ (kategori media) berdasarkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang kukuh di Sustainability and CSR Malaysia Awards 2023.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali berkata, pengiktirafan diterima itu akan menjadikan konglomerat media itu terus memenuhi tanggungjawab sosialnya untuk menyumbang kepada masyarakat.

Katanya, usaha itu akan terus dilakukan melalui pelbagai inisiatif komuniti yang mampu memberi impak positif kepada kehidupan rakyat negara ini.

“Media Prima bersyukur di atas pengiktirafan diterima yang disifatkan sebagai tanda komitmen kami untuk terus mencipta impak positif berkekalan.

“Sejak tahun 1991, Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP diwujudkan sebagai satu inisiatif tanggungjawab sosial yang berfungsi sebagai platform bagi individu dan syarikat untuk menyumbang tidak kira dalam dan luar negara.

“Atas inisiatif itu, Media Prima, melalui platform media yang bersepadu, berjaya meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai tujuan dan menggalakkan sumbangan dilakukan oleh sesiapa saja,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Pada 2022, Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP ini sudah menyampaikan manfaat kepada lebih daripada 11,000 individu di seluruh negara, manakala pada tahun ini, Media Prima turut menyalurkan bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu komuniti terkesan akibat konflik kemanusiaan di Palestin dan Myanmar.

Sementara itu, pengiktirafan dari CSR Malaysia ini adalah anugerah ketiga Media Prima bagi amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) yang baik sejak 2022.

Kumpulan ini sudah menerima Anugerah Perak di The Edge ESG Awards 2022 dan ‘Anugerah Kecemerlangan Industri untuk Pendedahan Tadbir Urus Korporat (CG) di Anugerah Tadbir Urus Korporat MSWG-ASEAN 2021 yang dianjurkan oleh Kumpulan Pemantau Saham Minoriti. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close