GovernansMalaysiaPilihan Editor

BELANJAWAN2024: Bank Negara Tubuh Portal Fraud Kebangsaan Tangani Isu Scam

Bagi menangani isu penipuan dalam talian (scam), Bank Negara Malaysia dengan kerjasama sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata portal itu bakal mempunyai kebolehan automasi penjejakan dana dan akan mempercepat tempoh pengesanan, pembekuan serta pemulangan dana.

Dalam pada itu, agensi berkaitan sedang meneliti keperluan untuk meminda undang-undang termasuk Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan tindakan yang lebih berkesan diambil terhadap sindiket dan pemegang akaun keldai.

Ini seterusnya mempercepat proses pemulangan wang kepada mangsa scam. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close