GovernansMalaysiaPilihan Editor

PARLIMEN: Belanjawan 2024 Meningkat RM393.8 Bilion

Belanjawan 2024 memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion, peningkatan ketara berbanding Belanjawan 2023 dengan peruntukan RM372.3 bilion dan Bajet 2022 yang berjumlah RM322 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan bertemakan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ ini menyediakan RM303.8 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM90 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM2 bilion ringgit simpanan luar jangka.

“Perbelanjaan ini membabitkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun.

“Penambahan ini menunjukkan kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang dan pada masa sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pembentangan Belanjawan 2024 disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan dan media sosial. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close